Salam Perpaduan
15-24 Disember lalu, saya telah mengemudi amanah sebagai fasilitator PJKN (Program Jatidiri dan Kesukarelaan Nasional)
Program ini khas untuk para belia, di bawah anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan diselenggara oleh NGOs yang terpilih.
----------
PJKN yang lalu mengambil masa 6 hari di KEM BINA NEGARA, ALOR GAJAH MELAKA dan selebihnya di rumah keluarga angkat yang terletak di FELDA KEPIS, BAHAU, Negeri Sembilan.
Modul-modul yang diguna pakai adalah di bawah tema-tema seperti kesukarelaan, kepimpinan, keusahawanan, dan komunikasi.
Langsung, diharapkan dengan pengisian dalam bentuk mass game, pembentangan kumpulan, perbincangan, dan sebagainya dapat membantu peserta untuk memperoleh dan membina jati diri yang kukuh dalam diri masing-masing.
----------
Jatidiri itu apa?
Jika kayu jati itu kuat, seperti itulah yang diperlukan dalam diri kita. Jatidiri menurut saya adalah pegangan hidup yang mempunyai teras kukuh. Jatidiri jika kuat, manusia takkan jadi seperti lalang.
Lalang itu akan mengikut tiupan angin. Justeru yang kukuh seperti pohon jati adalah manusia yang 'firm', tak mudah diganggu gugat oleh mehnah dan aliran hidup yang serba pesat.
Kepesatan membawa bersamanya bencana dan kekeliruan jatidiri. Jadi, remaja khusunya akan mudah terikut-ikut akan norma hidup kebaratan. Akhlak yang tak menjadi, jenayah yang tinggi dan penuh sekular.
Islam menolak sekular. Sekular dalam bahasa mudahnya adalah pengasingan antara agama dan hidup. Jadi, mana mungkin orang Malaysia beraksi dengan lagak sekular, sedang kita nobatkan telah Malaysia sebagai negara Islam.
Ya, Islam adalah satu cara hidup. Jadi, seharusnya apa jua yang dilakukan adalah seiring dengan ajaran agama, bukan dipisah atau dipilih-pilih.
----------
Jatidiri juga mengikut tafsir saya mempunyai kaitrapat dengan 'filtering'. Filter atau penapis adalah bahan rawat yang terdiri dari Bahan CFR (culture, family and religion)
Filter ini tadilah yang dapat menapis segala anasir-anasir yang tidak sihat dari diikut dan merosakkan fikrah dan jatidiri seseorang.
Bagai apa yang Ayahanda saya pernah pesankan, jika kita terfikir nak buat apa-apa, kita fikirlah dulu. Fikirkan apakah ia seiring dengan ajaran agama, apakah ia diterima budaya, apakah ia berpotensi untuk memburukkan nama keluarga??
Langsung, setiap yang dirasa, dilihat, didengar seharusnya ditapis dahulu mengikut Filter CFR tersebut.
----------
Kita dan adik-adik di sekolah menengah kini amat lain sifatnya. Jika dulu kita sudi dihukum, tapi kini usah kata dihukum, dimarah pun dah buatkan mereka bertekad lari dari rumah.
Sebagai fasi, saya lihat adik-adik kita tak ramai yang berjati diri. Masih terawang-awang dan terikut sesuatu yang mereka pun tak fahami. Yang mereka suka, buat riuh dan kelam kabut untuk mencari publisiti murahan. Alahai..
Ia, memanglah tak semuanya begitu, tapi kulat kini makin merebak..!!
----------
Bagaimana agaknya pada masa akan datang ya?
Apakah ada nanti bantuan-bantuan yang akan dihulur untuk pembentukan Muslim sebenar, mengikut acuan Al-Quran?
Apa ada nanti orang endah untuk menyebar maaruf? Atau dunia akan jadi nafsi-nafsi?
Apakah nanti dakwah dan nasihat akan diterima? Atau, kita benci orang menegur kesilapan kita?
----------
Kembara manusia bagaikan menjerluskan diri sendiri dengan sengaja ke tempat yang tidak selamat. Itu fenomena akhir zaman yang dah banyak dilihat kini. Situasi kita samakah?
No comments:
Post a Comment